TESTIMONI

Testimoni 1

Kursus Tour Leader Tahap I & II selama 3 hari yang dikendalikan oleh Shine Academy 
didapati berfaedah dan berkesan walaupun ianya dijalankan dalam masa yang singkat 
tetapi telah merangkumi kedua-dua kaedah teori dan praktikal untuk kefahaman peserta 
dan merupakan satu pelaburan "Value For Money". Saya ingin mengesyorkan kepada 
bakal peserta yang meminati bidang ini agar mengambil peluang keemasan dengan 
menyertai kursus ini tanpa berfikir dua kali.

Daripada :
Encik Mohd Ibrahim Yaakob
Peserta Kursus Tour Leader Tahap I & II
Pada 05,06 & 07 Oktober 2012
Di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur.


Testimoni 2

Seorang Tour Leader juga perlu ilmu untuk menjadi seorang Tour Leader yang 
profesional dan berdedikasi. Shine Academy telah menyampaikan ilmu itu dengan 
cemerlang dan menepati tujuan saya mengikuti kursus sebagai orang yang 
baru hendak memulakan langkah sebagai Tour Leader. Saya pasti perkongsian dan 
ilmu dari tenaga pengajar yang berpengalaman  yang diberikan dapat membantu 
saya dan peserta kursus dalam kerjaya ini samada secara freelance ataupun 
sepenuh masa. Oleh yang sedemikian adalah wajar bakal-bakal Tour Leader atau 
Tour Leader sedia ada memantapkan personaliti sebagai Tour Leader cemerlang 
dengan mengikuti kursus Tour Leader anjuran Shine Academy Ini.

Daripada :
Puan Norlizah Paharudin
Peserta  Kursus Tour Leader Tahap I & II
pada 05,06 & 07 Oktober 2012
di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur.


Testimoni 3

Pertama kali saya ucapkan tahniah kepada pihak akademi kerana berjaya menganjurkan kursus ini. Banyak perkara dapat dipelajari ketika mengikuti kursus ini. Penceramah yang berkaliber dan berpengalaman membuatkan kursus ini makin menarik untuk diteruskan...Tahniah sekali lagi saya ucapkan.


Daripada :
Encik Sahrudin bin Saad
pada 24 & 25 Disember 2011
di Kolej Komuniti Masjid Tanah Melaka


Testimoni 4

Kursus ini telah membuka mata dan memberi peluang kepada kami untuk melihat dunia pelancongan masa kini. Kursus ini juga telah membuatkan kami untuk berusaha dalam membantu perkembangan industri pelancongan. Kita tidak semestinya memerlukan pihak kerajaan semata-mata untuk menjadikan industri pelancongan untuk berkembang maju tapi kita sebagai rakyat Malaysia, boleh sama-sama membantu dalam meningkatkan industri pelancongan serta meningkatkan ekonomi masyarakat dengan memperkenalkan satu aktiviti pelancongan yang menarik.

Daripada :
Puan Hasnurul Nazimah binti Hashim
pada 24 & 25 Disember 2011
di Kolej Komuniti Masjid Tanah Melaka


Testimoni 5

Ia adalah program yang baik, terima kasih kepada penganjur kerana menawarkan program sebegini.

Daripada:
Encik Zulkifli bin Abd Hamid
pada 24 & 25 Disember 2011
di Kolej Komuniti Masjid Tanah Melaka


Testimoni 6


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada 

SHINE Academy/POTO Leisure Group dan POTO Travel kerana memberi peluang 
kepada kami. Tour Leader, khususnya saya sendiri, utnuk menambah ilmu pengetahuan 
dan mendapat tunjuk ajar yang sangat-sangat berguna dan perlu ada pada kami 
dalam menggalas tanggungjawab sebagai Tour Leader.


Saya rasa sangat berbesar hati dan teruja dapat bersama warga keluarga POTO yang 

begitu prihatin dengan kami, walaupun kami cuma Freelance Tour Leader, untuk 
bersama - sama menjayakan 'Vision dan Mission' syarikat yang telah berkembang 
dengan begitu membanggakan sekali.


Syabas diucapkan dan saya juga berharap dan mendoakan semoga Pakej 

Melancong BONANZA yang akan dilancarkan ini berjaya membawa lebih kejayaan 
dan keuntungan bagi POTO Travel & Tours dipersada dunia sebagai syarikat Bumiputera
yang Professional, Dedikasi dan Bertanggungjawab, InsyaAllah.


Tahniah dan terima kasih sekali lagi untuk semua yang terlibat dalam menjayakan 

Seminar Tour Leader (Level II) pada 20 Mei 2012 dan khasnya buat Tuan Hj Rahman 
yang sudi 'turun padang' untuk bersama kita.

Ikhlas dari,
Puan Mazanah Yusoff (Mazie)
Peserta Kursus Tour Leader Tahap II
pada 20 Mei 2012
di Dewan Al-Qardhawi, PPZ.


Testimoni 7

Assalamulaikumwarahmatullah
Saya telah menyertai kursus tour leader ini sebanyak 3 kali iaitu Tahap 1 & 2 di Kolej 
Komuniti Masjid Tanah. Kemudian kursus Tour Leader Umrah juga di Kolej Komuniti 
Masjid Tanah. Kesemua kursus dianjurkan oleh Poto Travel.. Semua kursus yang saya 
hadiri berbentuk praktikal sebenar di tempat-tempat pelancongan yang telah dipilih oleh 
Poto Travel. Kursus terakhir adalah pada 20 mei 2012. Kursus Tour Leader Tahap 2.

Namun begitu, kursus Tahap 2 yg dihadiri ini adalah berbentuk discussions dan 
problem solving. Kaedah ini amat efektif kerana tunjuk ajar dan bimbingan yang jelas 
kepada tour leader untuk menghadapi sesuatu situasi semasa membawa rombongan. 
Kaedah group discussion dan sharing the experiences sesama tour leader yang lain 
sedikit sebanyak memberi gambaran untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Para penceramah dan fasilitator yang ditampilkan juga terbaik kerana mereka mempunyai
 ilmu dan pengetahuan yang luas di dalam bidang ini. Tunjuk ajar dan pengalaman 
mereka disampaikan kepada tour leader dengan jelas dan ikhlas. Dari pengalaman 
saya membawa rombongan kumpulan ke Beijing, kursus pengukuhan tahap 2 ini 
banyak membantu melancarkan tugasan saya semasa di sana. Selain itu, silaturrahim 
saya dengan peserta rombongan juga masih kekal hingga sekarang.

Terima kasih,
Daripada:
Puan Nur Azemah Hj Aminludin
Peserta Kursus Tour Leader Tahap II
pada 20 Mei 2012
di Dewan Al-Qardhawi, PPZ.